PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA
📍 NADI Taman Samudera
NADI Taman Samudera telah menyediakan perkhidmatan Saringan Kesihatan Percuma kepada komuniti setempat sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala.
Perkhidmatan yang disediakan:
- Pemeriksaan tekanan darah
- Pemeriksaan paras gula dalam darah
- Pengukuran berat badan, tinggi dan Indeks Jisim Badan (BMI)
Program ini terbuka kepada orang ramai.
Syarat Penyertaan:
Peserta hanya perlu mendaftar sebagai Ahli NADI (sekali sahaja pendaftaran) dan keahlian tersebut sah digunakan di semua NADI seluruh Malaysia.
Semua pemeriksaan adalah percuma.
Program ini diharapkan dapat membantu komuniti mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

