mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

PERKHIDMATAN SERVIS KERAJAAN x MINI PROGRAM NADIXKOMUNITI 2025

🏛️💻 AKTIVITI : PERKHIDMATAN SERVIS KERAJAAN 💻🏛️

Mini Program NADI & Komuniti 2025 turut menyediakan pelbagai kemudahan one-stop centre untuk urusan perkhidmatan kerajaan bagi memudahkan komuniti membuat semakan, pendaftaran & pembaharuan secara terus di lokasi.

Perkhidmatan yang disediakan:

🆔 MyDigital ID — pendaftaran & semakan identiti digital

🇲🇾 Sejati Madani — penerangan manfaat & kaedah pendaftaran

🚗 MyJPJ — semakan lesen, cukai jalan & rekod kenderaan

⚠️ MySaman — semakan saman trafik secara digital

💸 Renew STR 2026 — bantuan & panduan pembaharuan

🎉🎁 AKTIVITI : PENYERTAAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH NADIXPAYNET

Ramai pengunjung turut mengambil peluang mendaftar awal untuk Cabutan Bertuah NADI x PayNet! Hadiah menarik menanti — hanya perlu daftar & hadir, peluang menang sangat terbuka! 🎉✨

🤖💬 PENERANGAN AIFA CHATBOT

Pengunjung juga diberi penerangan mengenai AIFA Chatbot — sistem bantuan pintar untuk memudahkan capaian maklumat serta urusan berkait perkhidmatan digital kerajaan. Mesra pengguna & mudah diakses!

📱📡 PENERANGAN & INSTALL MCMC NEXUS

Pasukan turut membantu komuniti membuat pemasangan aplikasi MCMC Nexus, platform penting untuk rujukan keselamatan digital, aduan, kesedaran internet selamat & maklumat komunikasi rasmi.

Penerangan diberikan secara langkah demi langkah, memastikan setiap pengunjung faham kegunaan dan kelebihannya.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan!

Mari terus membina komuniti celik digital, aktif & berdaya saing. 💙

#NADITamanSamudera#NADI2025#ProgramKomuniti#ServisKerajaan#MyDigitalID#MyJPJ#MySaman#STR2026#PayNet#AIFAChatbot#MCMCNexus#KomunitiKitaKekuatanKita