mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

 [Perkhidmatan Pintar NADI-Nurture DILEA Digital Learning] Program Khas – Pendaftaran Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ketiga

Sukacita dimaklumkan bahawa Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ketiga di bawah Elemen Program Khas NADI-Nurture DILEA Digital Learning telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2025.

Program ini melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari seluruh NADI dan telah disiarkan melalui sistem DILEA di pusat masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas NADI yang telah memastikan sesi pembelajaran dijalankan mengikut tatacara yang ditetapkan, sama ada di Skrin Bilik Latihan mahupun secara individu menggunakan PC dan headphone.

Komitmen dan kerjasama pihak NADI dalam memastikan pelajar hadir serta mematuhi peraturan sepanjang sesi berlangsung amat dihargai.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program-program DILEA boleh diajukan melalui:
📌 Telegram: ALL NADI DILEA
📌 WhatsApp: ALL NADI