Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa E-Newsletter NADI-Nurture DILEA Digital Learning Edisi 05 untuk pelaksanaan sepanjang bulan Jun 2025 kini telah tersedia untuk akses anda.
Edisi kali ini membawakan rangkuman eksklusif pelbagai program, inisiatif, dan pencapaian signifikan yang telah kami laksanakan sepanjang Jun lalu. Ia adalah cerminan komitmen berterusan kami dalam memupuk aspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat, serta platform untuk berkongsi perkembangan terkini dalam ekosistem pembelajaran DILEA Digital Learning.
Kami menjemput anda untuk meneroka kandungan menarik ini bagi mendapatkan gambaran penuh usaha kolektif yang telah dicapai.
Untuk mengakses E-Newsletter Edisi Jun ini:
- Log masuk ke akaun LMS DILEA anda.
- Pop-up E-Newsletter akan muncul di skrin utama.
- Sila tandakan kotak dan klik Accept sebagai pengesahan pembacaan anda.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan berterusan anda terhadap inisiatif kami.

