mcmc
GaleriGaleri FotoJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

PERHATIAN: OPEN TUITION OGOS 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan ini dimaklumkan bahawa bermula Ogos 2025, pihak kami akan memperkenalkan dua (2) inisiatif pembelajaran baharu melalui Platform DILEA Digital Learning, iaitu Open Tuition dan Video Ulangkaji. Inisiatif ini dirangka sebagai penambahbaikan kepada program sedia ada bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif dan berstruktur kepada para peserta.

Inisiatif 1: Open Tuition
Sebagai penambahbaikan daripada kelas yang pernah dijalankan, program ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan merangkumi subjek-subjek teras seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Pengajian Am (khusus untuk Tingkatan 6)

Inisiatif 2: Video Ulangkaji
Inisiatif ini menyediakan rakaman penuh sesi Guidance Tuition, Open Tuition, dan Webinar Pembelajaran. Ia membolehkan pelajar membuat ulangkaji pada bila-bila masa, memastikan tiada yang ketinggalan dan pemahaman dapat diperkukuhkan. Untuk maklumat lanjut berkenaan Video Ulangkaji, sila rujuk emel sebelum ini.

Untuk makluman, semua peserta Open Tuition perlu didaftarkan melalui platform LMS DILEA dan tiada had maksimum penyertaan diberikan.

Akaun Pelajar: Setiap peserta akan dibekalkan dengan akaun individu. Akaun ini digunakan untuk mengakses pautan kelas dan memuat turun modul pembelajaran bagi tingkatan masing-masing.

Perekodan Kehadiran: Pelajar DIWAJIBKAN untuk merekodkan (menanda) kehadiran sendiri di dalam platform LMS bagi setiap sesi kelas yang dihadiri. Kehadiran ini penting untuk rekod penyertaan program.

Proses Pendaftaran Open Tuition (Untuk Tindakan Admin NADI)

Untuk pendaftaran Open Tuition, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

  1. Log masuk: Gunakan akaun admin untuk log masuk ke LMS DILEA.
  2. Pergi ke tab All Registration dan klik Open Tuition Registration
  3. Lengkapkan semua maklumat pelajar. Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap.Untuk username, gunakan format tanpa jarak. Contoh: alia_09080712.
  4. Untuk password, gunakan Dilea@123 sebagai kata laluan tetap. Dilarang mengubah kata laluan selain Dilea@123.
  5. Klik butang Create User.
  6. Selesai.

Langkah Penyertaan Kelas Bagi Pelajar (Untuk Tindakan Pelajar)

Untuk menyertai kelas, NADI perlu membimbing pelajar mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Log Masuk: Gunakan akaun pelajar yang telah didaftarkan oleh admin.
  2. Pergi ke My Course dan klik Tingkatan masing-masing.
  3. Klik pautan kelas bagi menyertai kelas pada hari tersebut.
  4. Pastikan pelajar menanda kehadiran pada bahagian attendance.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila hubungi pihak SSO untuk keterangan lebih lanjut.

Terima kasih.


SSO Perkhidmatan Pintar NADI
NADI-Nurture DILEA Digital Learning