GUNUNG JERAI
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman bersempadan Kuala Muda dan Gurun.Tingginya dalam 1,207 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari daerah Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di Negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang. Ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar/kapal lalu lalang dalam Laut Kedah dan Selat Malakka(pusat berdagang) sejauh 100km.
TELAGA TOK SHEIKH
Telaga ini dinamakan Telaga Tok Sheikh mengambil sempena nama Tuan Sheikh Abdullah Yamani, iaitu orang yang bertanggungjawab mengislamkan Sultan Muzzafar Shah I pada 1136 masihi (531 hijrah). air telaga ini digunakan oleh Tuan Sheikh Abdullah Yamani dan tukang-tukangnya semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan masjid (mercu tanda) di punca Gunung Jerai.
PADANG TOK SHEIKH
Padang Tok Sheikh ialah salah satu tarikan utama yang terdapat di Gunung Jerai, Kedah dan merupakan antara geotapak dalam Geopark Jerai
BATU KAPAL
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya “Batu Kapal”. Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.