NADI X KIDVENTURE :
PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 4)
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 4. Kami menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Namun begitu, kami maklum bahawa masih terdapat beberapa NADI yang belum berkesempatan mendaftarkan peserta. Sehubungan itu, kami ingin menggalakkan penyertaan daripada setiap NADI agar peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya
engenalan :
Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Syarat-syarat Penyertaan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 7 – 17 tahun
3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh petugas NADI untuk tindakan selanjutnya:
Langkah 1
Setiap NADI diperlukan untuk mendaftar seramai 3 (mininum) penyertaan peserta bagi Cohort 4 menerusi pautan di bawah atau kod QR yang tertera pada poster Program seperti lampiran.
Borang pendaftaran seperti di pautan berikut : 👉 https://form.nadiusahawan.com/kv1-reg-c4
Langkah 2
Bantu ibu bapa atau penjaga memasukkan nombor telefon yang tepat dan aktif dengan aplikasi WhatsApp. Ini kerana selepas pendaftaran selesai, nombor ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan akan terus dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp rasmi bagi tujuan komunikasi seterusnya.
Pautan kumpulan WhatsApp rasmi KidVenture Cohort 4 : 👉 https://chat.whatsapp.com/JXmiU9E6wKkLoURSoVpmVf
Langkah 3
Selepas pendaftaran berjaya, peserta akan menerima pautan video Pengenalan Kepada Keusahawanan melalui WA individu & kumpulan WhatsApp rasmi. Peserta dan petugas NADI boleh merujuk kepada poster bagi aktiviti yang akan dijalankan.
*Makluman Penting
Penyertaan dari setiap NADI hanya akan diambil dari peserta yang berdaftar Cohort sahaja. Jika terdapat peserta yang mengikuti aktiviti tanpa daftar Cohort, sila daftarkan melalui pautan disediakan.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN COHORT 4 : KHAMIS, 31 JULAI 2025
Jika terdapat sebarang kemusykilan, boleh terus berhubung dengan Sekretariat NADI X Keusahawanan di talian berikut; 019-8070 383 (call) / 013- 6090 383 (call) / 011-3318 5470 (WhatsApp).
Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan khususnya para petugas NADI dalam menjayakan pengambilan peserta ini, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Admin NADI KidVenture

