Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian dan Hari Bersama Komuniti NADI Taman Pekan Baru telah berjaya dilaksanakan pada 18 Julai 2025 (Jumaat), dengan sesi rehearsal pada 17 Julai 2025 (Khamis) bertempat di NADI Taman Pekan Baru.
Program ini telah melibatkan penyertaan aktif serta sokongan padu daripada petugas-petugas NADI Kluster Kuala Muda dan Kluster Yan. Kerjasama yang diberikan sepanjang dua hari program amat dihargai dan telah menyumbang kepada kelancaran serta kejayaan keseluruhan majlis.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program, boleh hubungi:
📞 Siti Khadijah Binti Khairul Anuar
📧 manager@pekan-baru.nadi.my
📱 +6019 224 6630














