Pertandingan NADI E-Sukan Musim Ketiga kini dibuka untuk pendaftaran sehingga 31 Julai 2025. Tempoh untuk NADI mengadakan Saringan bagi memilih pasukan untuk mewakili NADI bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025. Pertandingan Peringkat Negeri pula akan bermula dari 1 September 2025 hingga 30 November 2025. Konsep pertandingan peringkat negeri akan dimaklumkan kemudian. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dirujuk melalui lampiran yang disertakan bersama emel ini.
Kami berharap semua petugas dapat mempromosikan pertandingan ini kepada komuniti setempat, khususnya para belia di kawasan NADI masing-masing supaya lebih ramai penyertaan diterima terutama sasaran kepada mereka yang belum menjadi ahli NADI.
Setiap NADI akan diberikan peruntukan sebanyak RM150 bagi mengadakan Saringan dalam pemilihan pasukan. Sila lengkapkan maklumat dalam borang berikut untuk proses pembayaran peruntukan tersebut. Mohon isi Borang Pengesahan Permohonan dengan tick pada ruangan kotak dan masukkan tarikh permohonan setelah permohonan dibuat.
Bagi kelas awareness bulan Julai telah berjalan seperti biasa dalam Portal LMS dengan penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak terhad kepada peserta pertandingan sahaja.
Semua borang dan maklumat berkaitan aktiviti boleh rujuk dalam link berikut :
Yang menjalankan tugas,
Admin
Pillar: NADI x Lifelong Learning
Programme: Skillforge: NADI e-Sukan
