Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 17092024 : ePembelajaran : Program Kanak-Kanak & Teknologi : Pengalaman Seronok Di NADI [Coloring & eLearning]

Tarikh : 11 Sept 2024 
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Taman Samudera Yan 
Peserta

: 35 orang

Tujuan 

Memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan NADI

Program ini juga memperkenalkan kemudahan digital yang ditawarkan di NADI kepada kanak-kanak dan keluarga mereka, membantu mereka memahami bagaimana pusat ini dapat menyokong pembelajaran masa depan.

Aktiviti 

Sesi Pengenalan Teknologi & eLearning

Aktiviti Mewarna Tanjak & Topeng Bertemakan Malaysia

Pengenalan Perkhidmatan NADI

    • Kanak-kanak akan diperkenalkan kepada peranti digital seperti tablet.
    • Aktiviti pembelajaran berasaskan eLearning akan dijalankan menggunakan aplikasi interaktif yang sesuai dengan umur mereka.
    • Mewarna tanjak dan topeng dengan tema patriotik sempena Hari Malaysia.
    • Aktiviti ini direka untuk memupuk kreativiti dan cinta kepada negara melalui seni.
    • Kanak-kanak dan ibu bapa akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan di NADI, seperti akses kepada e-pembelajaran, latihan digital, dan lain-lain.