KELAB RAKAN MUDA (KRM) PARLIMEN JERAI
Rakan Muda
Sebuah program pemupukan minat, penggilapan bakat & penyerlahan potensi diri belia berumur 15 hingga 25 tahun.
Memfokuskan kepada pembangunan potensi dan pembentukan karektor remaja serta pembangunan dan pengurusan sukarelawan
FUNGSI
1. Menggerakkan pembangunan potensi dan kesukarelawanan kumpulan belia awal dan belia pertengahan bagi mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia;
2. Khidmat nasihat dan pemudah cara bagi pelaksanaan program kerjasama dengan rakan strategik program pembangunan rakan muda;
3. Penyelidikan dan penilaian program pembangunan rakan muda; dan
4. Pelaksana promosi program rakan muda
VISI
Melahirkan belia positif yang berdaya saing, berketrampilan dan bertanggungjawab dalam membina masa depan negara
MISI
Mengenalpasti dan menyerlahkan potensi belia melalui pelaksanaan program yang menarik, berkualiti serta memperluas jaringan dan hubungan kerjasama strategik
OBJEKTIF
Menyediakan program dan aktiviti non formal yang berasaskan pembangunan potensi dan kesukarelawanan
Membangunkan imej belia awal dan belia pertengahan berteraskan pembangunan belia positif 8C selari dengan Dasar Belia Malaysia (DBM)
Membina dan memperkukuhkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran.
GERAKAN BELIA 4B JERAI
MAJLIS BELIA DAERAH YAN
BELIA DAN SUKAN DAERAH YAN