mcmc
Laporan Aktiviti

Komuniti MADANI

Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) 👨‍💻

🗂 Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

🗂 OBJEKTIF

Memperkasa aktiviti ekonomi komuniti serta meningkatkan pendapatan setempat; dan

• Memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat.

🗂 SEKTOR TUMPUAN

Lima sektor tumpuan yang telah ditetapkan iaitu:

1. Pertanian dan Makanan

2. Jahitan dan Kraf Tangan

3. Herba dan Kesihatan

4. Pelancongan dan Hospitaliti

5. Aktiviti Hijau dan Kitar Semula

🗂 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Komuniti yang LAYAK memohon

1. Jawatankuasa Pembangunan dan

Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);

2. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);

3. Komuniti Rumah Panjang;

4. Komuniti Kampung Orang Asli;

5. Komuniti Kampung yang mendapat

pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan

6. Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.

⏳ Permohonan SejaTi MADANI akan dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.

Untuk permohonan sila tekan link di bawah 👇

https://sejatimadani.icu.gov.my/home