mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 ( Celik ICT/Komuniti Pintar )

KISAH KEJAYAAN Q2

Nama : Mohamad Firas Asyraf
Umur : 9 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Mohamad Firas Asyraf atau lebih mesra dikenali sebagai Firas merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau tinggal bersama-sama ibubapa dan adik-beradiknya serta neneknya di Taman Samudera. Beliau kini masih merupakan salah seorang pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Langkasuka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga kurang pengetahuan dalam teknologi terkini seperti Microsoft Word, Aplikasi Zoom dan perkakasan komputer serta penggunaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT misalnya kelas Microsoft Word, dan Asas Komputer di PEDi Taman Samudera. Beliau juga mahir menggunakan teknologi terkini seperti telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan penghantaran maklumat serta menggunakan telefon bimbit untuk belajar buka Aplikasi Zoom di komputer. Selain itu, beliau juga sering menunjukkan minat apabila menyertai kelas yang dijalankan. Hingga kini, beliau sudah pandai menggunakan komputer dan peralatannya setelah sering berkunjung di PEDi Taman Samudera.