mcmc
GaleriGaleri VideoJadual Latihan & AktivitiLaporan AktivitiMakananPelancongan & Tempat BersejarahSosio Ekonomi

Kampung Alor Pudak, Yan, Kedah

Port Healing Baru Di Yan, Kedah !!

Jom Kayak & Kopi

Masa di Yan tempoh hari, team kami terjumpa satu port healing baru di Kampung Alor Pudak, Yan, Kedah. Nama port ni Kayak & Kopi, terletak betul-betul sebelah Jambatan Bailey @ Jambatan Hingaq. Sampai sini ja, terus rasa tenang… vibe kampung dia memang lain macam.

Kat sini korang boleh lepak santai tepi sungai, tangan pegang kopi, mata pula layan view sawah padi yang luas dan sungai yang cantik. Sambil tu tengok orang main kayak, ada yang naik bot, dan anak-anak seronok main power boat yang disediakan, yang ni memang kena cuba. Suasana hidup tapi masih tenang, tambah pula bunyi “titi hingaq” yang unik tu, haha… lain feel dia, tapi best.

Yang bestnya, harga kat sini memang mesra poket. Nak singgah minum kopi ja boleh, nak duduk lama sembang pun takde hal. Angin bendang sepoi-sepoi, bunyi air mengalir… memang ngam untuk buang stress. Bab makan minum pun jangan risau, kopi macam-macam jenis, makanan pun pelbagai. Laksa, mee kuah udang dan banyak lagi, makan panas-panas sambil tengok alam, memang buat selera jadi dua kali ganda.

Bawa anak-anak datang sini pun sesuai sangat. Boleh healing sama-sama, dan kalau nak cuba kayak, ada tenaga pengajar disediakan. Port simple, tapi penuh memori. Kalau korang mai Yan Kedah, jangan lupa singgah sini.

📍 Kopi & Kayak, Jambatan Beiley @ Jambatan Hingaq, Kg Alor Pudak, Yan Kedah
11.30 pagi – 6.30 Petang

Mai experience Kedah tau… jumpa lagi next video, salam semua, bye bye 👋😊

#alorpudak#kayak #Exp#ExperienceKedahavel #titihingaq

@kakijalan66

Port Healing Baru Di Yan, Kedah !! Jom Kayak & Kopi Masa di Yan tempoh hari, team kami terjumpa satu port healing baru di Kampung Alor Pudak, Yan, Kedah. Nama port ni Kayak & Kopi, terletak betul-betul sebelah Jambatan Bailey @ Jambatan Hingaq. Sampai sini ja, terus rasa tenang… vibe kampung dia memang lain macam. Kat sini korang boleh lepak santai tepi sungai, tangan pegang kopi, mata pula layan view sawah padi yang luas dan sungai yang cantik. Sambil tu tengok orang main kayak, ada yang naik bot, dan anak-anak seronok main power boat yang disediakan, yang ni memang kena cuba. Suasana hidup tapi masih tenang, tambah pula bunyi “titi hingaq” yang unik tu, haha… lain feel dia, tapi best. Yang bestnya, harga kat sini memang mesra poket. Nak singgah minum kopi ja boleh, nak duduk lama sembang pun takde hal. Angin bendang sepoi-sepoi, bunyi air mengalir… memang ngam untuk buang stress. Bab makan minum pun jangan risau, kopi macam-macam jenis, makanan pun pelbagai. Laksa, mee kuah udang dan banyak lagi, makan panas-panas sambil tengok alam, memang buat selera jadi dua kali ganda. Bawa anak-anak datang sini pun sesuai sangat. Boleh healing sama-sama, dan kalau nak cuba kayak, ada tenaga pengajar disediakan. Port simple, tapi penuh memori. Kalau korang mai Yan Kedah, jangan lupa singgah sini. 📍 Kopi & Kayak, Jambatan Beiley @ Jambatan Hingaq, Kg Alor Pudak, Yan Kedah 11.30 pagi – 6.30 Petang Mai experience Kedah tau… jumpa lagi next video, salam semua, bye bye 👋😊 #alorpudak #kayak ExpExperienceKedahavel #titihingaq

♬ original sound – Kaki Jalan 66 – Kaki Jalan 66