| NAMA | MOHAMAD FIRAS ASYRAF BIN MOHAMAD FIRDAUS |
| UMUR | 13 TAHUN |
Latar Belakang
Firas merupakan salah seorang peserta yang telah berdaftar untuk mengikuti kelas asas komputer di NADI Taman Samudera. Tujuan utama penyertaan beliau sebagai ahli NADI adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan keperluan pembelajaran semasa. Sepanjang penglibatan di NADI, beliau telah mengikuti kelas asas komputer yang merangkumi penggunaan Microsoft Office Word, PowerPoint serta aplikasi reka bentuk Canva. Selain itu, beliau turut terlibat sebagai usahawan cilik di bawah program Kidventure serta peserta Tuisyen Rakyat Dilea yang dilaksanakan di NADI Taman Samudera.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyertai program dan kelas yang dianjurkan oleh NADI, beliau tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan penggunaan komputer. Di samping itu, beliau juga tidak terdedah kepada penggunaan perisian Microsoft Office dan aplikasi Canva, sekali gus menghadkan keupayaan beliau dalam melaksanakan tugasan yang memerlukan kemahiran ICT.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas asas komputer di NADI Taman Samudera, beliau menunjukkan peningkatan kemahiran yang sangat ketara dan memberangsangkan. Kini, beliau berupaya menggunakan aplikasi Microsoft Office, khususnya Word dan PowerPoint, dengan baik bagi menyokong keperluan pembelajaran. Selain itu, beliau turut menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan aplikasi Canva yang membolehkan beliau meneroka kreativiti dalam menghasilkan bahan visual seperti poster dan suntingan grafik.
Selain itu, beliau juga telah mula menunjukkan minat dalam bidang keusahawanan melalui penyertaan dalam program Kidventure. Menerusi program ini, beliau berpeluang mempelajari asas keusahawanan seperti penjanaan idea produk, penghasilan bahan promosi menggunakan aplikasi Canva serta kaedah asas pemasaran. Di samping itu, penglibatan dalam Tuisyen Rakyat Dilea turut membantu memperkukuh penguasaan akademik beliau serta meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri berasaskan teknologi.
Secara keseluruhannya, perkembangan yang ditunjukkan oleh Firas membuktikan bahawa pendedahan, bimbingan yang sistematik serta peluang yang berterusan mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah kompeten dalam kemahiran digital dan keusahawanan. Sikap proaktif serta kesungguhan beliau dalam meneroka ilmu baharu menjadikan beliau sebagai contoh yang wajar dicontohi oleh rakan sebaya.