USAHAWAN KEREPEK
Nama | : Mohd Zafani Bin Zakaria |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Bangkit Kenari Enterprise merupakan sebuah syarikat yang terletak di Lot 2,3 , Kampung Permatang Chengal, 06900 Yan, Kedah. Syarikat ini memproses, membekal dan menjual aneka kuih muih traditional, kerepek, keropok, kuih moden dan sebagainya. Meneruskan delegasi turun-temurun dari keluarga iaitu emaknya sendiri, kini Encik Mohd Zafani menggalas tanggungjawab tersebut. Bangkit Kenari Enterprise ini juga turut menyediakan perkhidmatan katering.
Produk Syarikat Bangkit Kenari Enterprise
Pembungkusan produk ini ialah secara :
a)100 hingga 220 gram dijual RM4 setiap satu.
b)500g ataupun 1/2 kilogram dijual RM8 setaip satu
c)1kilogram dijual RM13
d) Secara bundle (dalam anggaran 5 kilogram) dijual anggaran RM42
**untuk setiap produk harga tidak sama
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
PEDi Taman Samudera hadir ke kedai beliau Bangkit Kenari Enterprise bagi melihat sendiri produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau. Kehadiran PEDi untuk mempromosikan PEDi serta ingin menjalinkan silaturahim antara usahawan dan PEDi. Usaha ini disambut baik oleh Encik Mohd Zafani dalam menyalurkan maklumat syarikat, perkhidmatan yang pihak PEDi boleh bantu untuk meningkatkan lagi jualan syarikatnya, dan apa yang syarikat beliau boleh bantu untuk komuniti daerah Yan contohnya peluang pekerjaan, tips berniaga dan sebagainya.
Pihak PEDi diberitahu bahawa beliau mempunyai bengkel pemprosesan yang terletak di F262, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah. Mempunyai pekerja hampir dua puluh orang yang kebanyakkannya adalah penduduk disekitar kampung itu. Kebiasaannya, beliau hanya menjual produk jualan hanya di kedai dan tidak terlalu aktif penjualan di dalam talian dan media sosial. Pihak PEDi Taman Samudera hadir dalam membantu beliau untuk memberikan inisitif pasaran secara digital yang lebih produktif.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI KCC bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke mini PI KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman.