Rekod Program
KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
Sekolah : SK Bukit Choras
Masa : 10.45 pagi – 12.45 tengah hari
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Yan, Kluster Pendang dan Kluster Alor Setar telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Choras.
Objektif Program
Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial.
Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber.
Peserta
Seramai 360 orang murid telah menyertai program ini merangkumi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta prasekolah.
Fasilitator
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama fasilitator daripada pusat NADI di bawah tiga kluster iaitu:
Kluster Kota Setar
M NADI RP Alor Malai
M NADI Alor Binjal
M NADI Kg Gunung Hilir
M NADI Simpang Empat
M NADI Mergong
M NADI RP Seberang Terus
Kluster Pendang
NADI Kg Sg Korok
NADI Bukit Sekechong
NADI Pekan Bukit Jenun
NADI Bukit Raya Dalam
NADI Pekan Kubur Panjang
Kluster Yan
NADI Yan Kechil
NADI Kuala Sala
NADI Titi Teras
NADI Bukit Besar
NADI Taman Samudera
NADI Sg Limau Dalam
Aktiviti
Modul RSP Tahap 1 (7 – 9 tahun)
Penetapan Minda : Pecah Ruyung
Pelajaran 1 : Hak dan Tanggungjawab
Modul RSP Tahap 2 (10 – 12 tahun)
Penetapan Minda : Pecah Ruyung
Pelajaran 1 : Stesen Literasi Digital
Pelajaran 2 : Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
Pelajaran 3 : Stesen Bahaya Media Sosial 1
Pelajaran 4 : Stesen Bahaya Media Sosial 2
Pelajaran 5 : Stesen Alternatif Media Sosial
Ikon K-DAT
Guru : Siti Rupiah binti Abd Kadir
Jawatan : Guru Akademik
Murid : Mohd Rayyan Asraf bin Saiful Hakimi
Tahun : Tahun 6
Hasil Program
Murid lebih memahami kepentingan mewujudkan persekitaran digital yang selamat melalui peningkatan literasi digital serta mengamalkan penggunaan internet, khususnya media sosial, secara bertanggungjawab.





























