Memberi Kesedaran Had Umur Media Sosial Menyampaikan mesej bahawa platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain hanya sesuai untuk individu berumur 13 tahun ke atas, mengikut garis panduan antarabangsa.
Mendidik Tentang Bahaya Dunia Maya Menerangkan risiko seperti buli siber, penipuan dalam talian, pemangsa siber, serta kesan negatif penggunaan tanpa kawalan terhadap kesihatan mental dan sosial.
Menerapkan Amalan Keselamatan Siber Menggalakkan murid menggunakan internet secara beretika, bertanggungjawab dan selamat, termasuk cara melindungi identiti, mengenali kandungan palsu, dan tidak mudah berkongsi maklumat peribadi.