Perlantikan Panel Penasihat
Sebuah jawatankuasa Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi bagi membantu memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.
Komposisi Panel
Setiap Panel Penasihat PEDi akan dianggotai 4-5 orang ahli yang terdiri daripada komposisi berikut:
- Ketua masyarakat setempat (penghulu/Ketua Kampung/Tok batin)
- Wakil badan keagamaan
- Wakil daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Wakil Institusi Pendidikan atau/dan
- Wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO)/ persatuan/ pertubuhan/ individu profesional atau bukan profesional/ sukarelawan
*kakitangan PEDi akan bertindak sebagai urus setia
Tugas dan Fungsi Panel Penasihat
- Membantu PEDi mendapat sambutan komuniti setempat;
- Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan PEDi;
- Membantu PEDi mendapatkan lebih banyak keahlian dan penyertaan daripada masyarakat setempat;
- Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi;
- Mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosio-ekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama di antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut;
- Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi;
- Membantu dalam penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi kepada kumpulan sasar dan masyarakat setempat. Namun Ahli Panel Penasihat PEDi tidak dibenarkan menjadi jurucakap bagi pihak PEDi, MCMC dan KKMM kepada media atau mengeluarkan sebarang kenyataan media berkaitan PEDi, MCMC dan KKMM;
- Membantu dalam penyebaran maklumat kerajaan ke komuniti sekeliling PEDi.
Perlantikan Panel Penasihat PEDi Taman Samudera Yan
PANEL PENASIHAT PEDI
| AHLI |
NAMA |
JAWATAN AHLI PANEL |
|
PENGERUSI |
EN. MOHD ASRI BIN DAUD |
PENGHULU MUKIM DULANG |
|
NAIB PENGERUSI |
EN. ZULKIFLI BIN MAHAMOD |
AJK TAMAN SAMUDERA |
|
BIRO 1 |
EN. AHMAD FAIZ HAZIQ BIN SHAHROM |
WAKIL PERSATUAN BELIA 4B MALAYSIA |
| BIRO 2 | EN. MOHD FAIZAL BIN BAHDOR | PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN JERAI |
| BIRO 3 | EN. MOHD ZAHARI BIN SHAFIE | MANTAN JKKK, PENGERUSI KLRT, BENDAHARI PANEL KESIHATAN |
Carta Aliran Panel Penasihat PEDi Taman Samudera

