Majlis Daerah Yan
Majlis Daerah Yan (MDY) ditubuhkan pada 1 Mac 1979. MDY telah disatukan daripada tiga Majlis Tempatan iaitu:
a)Majlis Tempatan Yan
b)Majlis Tempatan Guar Chempedak
c)Majlis Tempatan Simpang Tiga Sungai Limau
Peranan Majlis Daerah Yan
MDY berperanan untuk melaksanakan program dan pembangunan di dalam kawasannya. MDY bertindak sebagai sebuah organisasi pentadbiran dan perkhidmatan peringkat daerah.Sesuatu kemajuan itu tergantung pada keupayaan majlis sendiri dalam mengawal dan berkawal.
Antara fungsi Majlis Daerah Yan:
a)Menguruskan dan mengawal pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Yan supaya semua rancangan pembangunan menurut kehendak Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang telah diluluskan.
b)Menaksir dan mengawal semua pegangan di dalam kawasan majlis daerah Yan dan mengenakan cukai taksiran.
c)Mengawalsedia kerja-kerja pembersihanyang dilaksanakan oleh syarikat penswastaaan.
d)Melesenkan semua aktiviti perniagaan, industri dan profesion menurut undang-undnag kecilyang diluluskan.
e)Menguruskan dan mengawal segala peruntukan kewangan yang diterima dari cukaitaksiran,lesen dan denda, bantuan kadar, geran, pinjaman, dan sumber-sumber lain.
f)Membina dan menyelenggara infrastruktur-infrastruktur awam yang bukan di bawah selenggaraanoleh agensi-agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan lain-lain.
g)Merancang dan melaksanakan program di bawah projek pengindahan dan taman-taman rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong.
h)Penguatkuasaan segala undnag-undang/peraturan-peraturan di bawah Akta 171/172 dan 133 dan semua undang-undang kecil Majlis Daerah Yan yang diluluskan.
(Sumber : Majlis Daerah Pendang, laman web Majlis Daerah Padang Terap dan Penduduk Tempatan)