Kawasan Perlancongan dan Bersejarah
Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar daerah Yan yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Hutan Lipur Gunung Jerai
Gunung Jerai adalah sebuah tanah tinggi terasing (tiada banjaran). Persekitarannya kaya dengan pelbagai sumber geologi (era kambria), biologi, arkeologi serta budaya masyarakat setempat.
Ramai penyelidik sangat berminat sejak tahun 1840 an lagi kerana keaslian dan tidak terusik oleh anasir luar.
Aspek geologi, biologi daratan dan akuatik serta sosio budayanya yang merangkumi sejarah dan arkeologi telah menjadi tumpuan kajian sejak dahulu sehingga sekarang.
Gunung Jerai berketinggian 1207 meter terletak di Daerah Yan, Kedah. Hampir keseluruhan Gunung Jerai terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai yang telah digazetkan pada tahun 1953 dengan keluasan 8560 hektar.
Program Geopark UNESCO
Taman Geologi atau Taman Bumi ataupun “Geological Park” diringkaskan menjadi Geopark.
Pada tahun 1997, bahagian Earth Sciences of UNESCO telah memperkenalkan Program Tapak UNESCO. Program ini bermaksud penggunaan warisan geologi dan semua aspek dari warisan semulajadi dan budaya di sesebuah kawasan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat bagaimana menggunakan sumber bumi secara mampan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim dan bencana alam.
Geoprak dedifinisikan sebagai sebuah kawasan dengan keluasan bersesuaian , sempadan yang jelas dan mengandungi beberapa tapak warisan geologi yang berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan ekonomi dan nilai budaya penduduknya terutama melalui aktiviti pelancongan.
Bertindak untuk melindungi dan meningkatkan fungsi warisan alam (geologi) oleh masyarakat setempat itu sendiri diletakkan bersama termasuk nilai arkeologi, ekologi dan budaya yang ada di dalamnya.
Pada 18 Julai 2017, Geopark Jerai telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Malaysia.
Keistimewaan gabungan aspek warisan geologi, biodiversiti, arkeologi, sejarah dan budaya masyarakat setempat telah melayakkan kawasan Jerai telah dicalonkan sebagai Geopark Kebangsaan dan Geopark Dunia.
a) Lokasi Jerai Geopark
Meliputi kawasan : 816 km persegi (darat 501 dan laut 315km persegi)
Merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan Yan
Sempadan : 1)Sungai Limau (Utara)
2) Jalan Persekutuan (F1) dan F257(Timur)
3) Sungai Muda (Selatan)
4) 1km dari Pulsu Bidan (Darat)
5 buah Pulau ( Pulau Sayak, Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong, Pulau Bunting)
sumber : https://www.kedah.gov.my/jeraigeopark/
Pantai Murni Waterfront
Pantai Murni merupakan kawasan persisiran pantai. Lautan yang terbentang indah menampakkan beberapa pulau disekitarnya. Pantai Murni dibawah jagaan Majlis Daerah Yan telahpun dinaik taraf disebabkan menjadi salah satu tumpuan pelancong dan pengunjung dari dalam dan luar penduduk Negeri Kedah itu sendiri.
Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah. Ia sering menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Pantai popular ini terletak berhampiran pekan Yan.
Pantai ini sebenarnya cukup popular di Kedah sejak dahulu. Ia bukanlah pantai yang cantik berpasir bersih untuk mandi-manda. Sebaliknya, benteng penahan ombak dan batu-batu besar sahaja yang ada. Namun, ia tidak menghalang tempat ini untuk menjadi salah satu destinasi paling popular untuk dikunjungi semasa musim cuti.
Kemudahan di Pantai Murni
Antara kemudahan yang disediakan di Pantai Murni ialah:
- Tempat meletak kereta yang luas – Tempat letak kereta disebelah Medan Selera Pantai Murni, tempat letak kereta bersebelahan padang awam dan juga disepanjang jalan ditepi pantai.
- Medan selera – Terdapat beberapa buah gerai yang menjual berbagai jenis makanan dan minuman untuk pengunjung Pantai Murni. Antara yang menarik ialah Mee Udang, ABC dan air kelapa.
- Gerai makanan – Terdapat banyak gerai makanan dan minuman dikawasan pokok Rhu dihujung Pantai Murni. Antara yang menarik dijual disini ialah rojak buah, air kelapa dan makanan ringan.
- Surau.
- Tandas awam.
- Taman permainan kanak-kanak.
- Kerusi dan tempat duduk untuk pengunjung.
Titi Hayun
Pada 18 Ogos 2021, Malaysia telah digemparkan dengan Bencana Alam “Kepala Air” yang telah meragut nyawa hampir 6 orang mangsa. Bencana Alam Kepala Air iaitu secara tiba-tiba air dari puncak Gunung Jerai datang tiba-tiba dengan keadaan mengalir deras yang menyebabkan perubahan landskap tiga ratus enam puluh darjah melenyapkan “Titi Hayun” dan digambarkan catatan sejarah hebat berlaku.
Rentetan kejadian ini, telah memusnahkan kawasan yang berkedudukan dibawah jajaran Gunung Jerai, iaitu Seri Perigi, Batu Hampar, Tupah.
Seluruh Malaysia turun menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa yang rata-rata rumah mereka dibanjiri dengan banjir selut disebabkan bawaan air.
Landskap ini berubah dan ia merupakan kawasan yang tidak selamat untuk aktiviti reakasi dan mandi manda. Pihak berwajib mengambil inisiatif dengan proses mewujudkan Empangan Sabo yang dijangka siap pada tahun depan.
Itulah dikatakan kekuasaaan Allah s.w.t. Dulunya air mengalir deras disertai kehijauan pokok disekitarnya. Namun kini, satu pemandangan batu bata melapang dan airnya sekadar lalu sahaja.
(Sumber : Majlis Daerah Yan, laman web Majlis Daerah Yan dan Penduduk Tempatan)